CARA INSTALL WINDOWS 7

Cara-cara Nak Install Windows 7 Beta

Oleh MK · Dipos pada 4th March 2009 dalam kategori Windows

bagaimana-install-windows-7-00

Windows 7 dijangka keluar di pasaran pada bulan Oktober ini. Namun, jika anda berkesempatan untuk memuat-turun sistem pengoperasian ini pada peringkat Beta dahulu, anda sudah boleh mencuba untuk memasang Windows 7 pada komputer anda. Atas permintaan beberapa orang pembaca, saya akan terangkan langkah-langkah untuk memasang Windows 7 Beta ke dalam komputer anda.

Cara-cara memasang Windows 7 Beta

Seperti biasa, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah memastikan PC anda dapat membaca DVD ketika ia mula-mula dihidupkan. Ini dapat dilaksanakan dengan menetapkan boot sequence yang pertama kepada CD/DVD. Setelah boot sequence telah ditetapkan, masukkan DVD Windows 7 Beta dan hidupkan komputer anda.

Perhatian: Oleh kerana Windows 7 ini masih dalam peringkat Beta, masalah mungkin berlaku dalam proses pemasangan. Gunakan hard disk berasingan sekiranya anda bimbang akan keselamatan hard disk yang mempunyai dokumen-dokumen anda. Jika anda ingin meneruskan pemasangan, ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Skrin pertama yang keluar akan memaparkan msej “Windows is loading files…”, tunggu sehingga proses ini selesai.
    bagaimana-install-windows-7-01
  2. Kotak pertama, kedua, dan ketiga memaparkan pilihan bahasa, zon masa dan matawang, serta tetapan papan kekunci. Tetapkan pilihan anda dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-02
  3. Klik pada butang “Install Now” untuk memulakan pemasangan Windows 7.
    bagaimana-install-windows-7-03
  4. Tandakan pada kotak “I accept license terms” dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-04
  5. Klik pada butang Custom untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7.
    bagaimana-install-windows-7-05
  6. Pilih partition manakah yang akan memuatkan Windows 7, dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-06
  7. Proses pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.
    bagaimana-install-windows-7-07
  8. Setelah proses pemasangan siap, anda akan dikehendaki untuk membuat beberapa tetapan asas terhadap Windows 7 anda. Pertama sekali, masukkan nama anda dan nama bagi komputer, kemudian klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-08
  9. Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 anda dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-09
  10. Masukkan nombor siri yang anda perolehi dari Microsoft sewaktu muat—turun dahulu, dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-10
  11. Pilih pilihan bagi Windows Update. Untuk memastikan Windows 7 anda sentiasa dikemaskini, pilih “User recommended settings”
    bagaimana-install-windows-7-11
  12. Pilh zon masa anda dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-12
  13. Kini Windows 7 sudah siap dipasang, dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
    bagaimana-install-windows-7-13

Proses pemasangan Windows 7 adalah lebih mudah dan pantas berbanding Windows XP. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila tinggalkan di ruangan komen, selamat mencuba🙂

//

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: