CARA NAK DUAL BOOT WINDOWS & LINUX



Arkib

Cara Nak Dual Boot Windows Dan Linux

Oleh MK · Dipos pada 5th April 2008 dalam kategori Linux

Kaizen ada bertanyakan tentang cara-cara nak Dual Boot Windows dan Linux. Apa itu Dual Boot? Secara ringkas, Dual Boot membolehkan anda mempunyai dua OS di dalam sebuah komputer.

Oleh kerana GNU/Linux mempunyai banyak jenis distro, di sini saya akan memilih distro yang paling popular sekarang, iaitu Ubuntu. Jika ada permintaan untuk tutorial sebegini bagi distro yang lain, sila nyatakan di ruangan komen. Baiklah, mari kita mula:

Langkah Pertama: Tetapkan Partition dalam Hard Disk

Sebelum install GNU/Linux ke dalam komputer anda, pastikan bahawa terdapat ruang kosong yang mencukupi untuk install OS tersebut. Jika anda mempunyai hard disk tambahan, sudah tentu perkara ini takkan menjadi masalah. Sebaliknya jika anda mempunyai satu hard disk sahaja, anda mungkin perlu delete mana-mana partition untuk menyediakan ruang kosong. Ikuti langkah ini untuk memeriksa ruang dalam hard disk:

  • Right-click pada My Computer dan pilih Manage
  • Pergi kepada Disk Management

Perhatikan hard disk anda. Ruang kosong dalam hard disk akan ditanda dengan perkataan Unallocated. Sekiranya tiada sebarang ruang kosong, delete mana-mana partition (kecuali partition C: yang mengandungi Windows). Tinggalkan ruang kosong ini kira-kira 10 GB untuk install GNU/Linux.

dual-boot-01

* Peringatan: Apabila anda delete satu-satu partition, segala data di dalamnya akan hilang. Sila buat backup terlebih dahulu jika anda tidak mahu kehilangan data tersebut.

Langkah Kedua: Install Ubuntu ke dalam Hard Disk

Sekarang, masukkan CD Ubuntu (download Ubuntu 7.10 di sini) ke dalam CD-ROM dan restart komputer. Pastikan anda telah terlebih dahulu menetapkan boot sequence komputer anda kepada CD-ROM.

  1. Skrin Ubuntu akan dipaparkan. Pilih “Start or Install Ubuntu”
    dual-boot-02
  2. Double click pada ikon Install. Proses install akan dimulakan.
  3. Step 1 of 7 (Welcome): Klik sahaja pada butang Forward.
    Screenshot-Install-01
  4. Step 2 of 7 (Where are you?): Pilih kawasan anda di atas peta dan klik Forward.
    Screenshot-Install-02
  5. Step 3 of 7 (Keyboard layout): Klik sahaja pada butang Forward.
    Screenshot-Install-03
  6. Step 4 of 7 (Prepare disk space): Pilih “Guided – use the largest continuous free space”. Dengan ini, ia akan install Ubuntu ke dalam ruang kosong yang telah disediakan tadi, tanpa menganggu sebarang partition yang lain.
    Screenshot-Install-04
  7. Step 5 of 7 (Migrate Document and Settings): Anda akan ditanya sekiranya anda mahu import mana-mana akaun dari Windows. Jika tidak, klik sahaja pada butang Forward.
    Screenshot-Install-06
  8. Step 6 of 7 (Who are you?): Isi nama serta password yang anda ingin gunakan untuk login ke dalam Ubuntu.
    Screenshot-Install-06
  9. Step 7 of 7 (Ready to install) : Ringkasan mengenai pilihan yang telah anda buat akan dipaparkan. Klik pada butang Install.
    Screenshot-Install-07
  10. Setelah proses install selesai, satu kotak mesej akan dipaparkan. Keluarkan CD Ubuntu dari CD-ROM anda dan restart komputer.

Langkah Ketiga: Nikmati GNU/Linux Anda!

Apabila anda ON komputer selepas ini, satu skrin GRUB akan dipaparkan. Di sinilah anda boleh memilih untuk masuk ke dalam Windows ataupun GNU/Linux yang telah dipasang.

dual-boot-03

// <![CDATA[//

Entri berkaitan:

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: