MASALAH KOMPUTER

Apa Itu Boot Sequence?

Oleh MK · Dipos pada 16th May 2009 dalam kategori Istilah Komputer, Masalah Komputer

boot-sequence-01

Boot sequence adalah satu susunan yang menentukan dari mana komputer anda harus membaca data, seterusnya memulakan sistem pengoperasian. Satu aturan boot sequence yang lazim digunakan adalah seperti ini:

  1. Hard Disk
  2. Disket
  3. CD-ROM

Berdasarkan senarai di atas, apabila komputer dihidupkan, ia akan melihat ke dalam hard disk terlebih dahulu. Sekiranya terdapat sistem pengoperasian dalam hard disk tersebut, ia akan dijalankan. Sekiranya tidak, komputer akan melihat pula ke dalam disket, kemudian ke dalam CD-ROM, dan seterusnya.

Jadi, jika anda ingin memasang sistem pengoperasian baru ke dalam komputer anda (install Windows XP atau Ubuntu misalnya), ataupun jika anda ingin menjalankan live CD, anda harus mengubah boot sequence yang pertama kepada CD-ROM.

Begitu juga jika anda ingin menjalankan sistem pengoperasian dari USB drive (Slax misalnya), boot sequence yang pertama haruslah ditetapkan kepada kepada USB.

boot-sequence-02

Boot sequence boleh diubah melalui skrin BIOS. Untuk memasuki skrin BIOS, hidupkan komputer dan tekan F2 atau Delete (bergantung kepada komputer anda, lihat pada paparan yang muncul sewaktu komputer mula didhidupkan). Kemudian, cari menu yang berkaitan dengan boot sequence untuk mengubah aturannya.

Windows Log On dan Log Off Secara Automatik

Oleh MK · Dipos pada 3rd February 2009 dalam kategori Masalah Komputer

Baru-baru ini seorang rakan saya di pejabat menghadapi masalah dengan laptopnya. Apabila dia cuba untuk log on ke dalam Windows XP, ia akan log off secara automatik. Saya cuba masuk ke dalam Safe Mode, namun masalah yang sama tetap berlaku.

Menurut satu artikel dari Microsoft, masalah ini berlaku kerana beberapa fail penting telah hilang dari Windows XP, dan nilai dalam registry juga telah diubah. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memperbaiki masalah ini:

Membaiki Nilai Registry

Oleh kerana kita tak dapat masuk ke dalam Windows, kita akan menggunakan Offline NT Password & Registry Editor untuk membaiki nilai dalam registry.

  1. Boot komputer melalui CD/USB Offline Registry Editor dan pergi kepada nilai berikut:

    HKLM\Software\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon

  2. Perhatikan kedua-dua nilai ini:
    • Shell
    • Userinit
  3. Tukar nilai-nilai tersebut kepada:
    • Shell = explorer.exe
    • Userinit = x:\windows\system32\userinit.exe
  4. Jangan lupa untuk commit perubahan yang anda telah buat tadi.

Menggantikan Fail Yang Hilang

Dapatkan fail explorer.exe dan userinit.exe dari CD Windows XP, atau anda boleh copy terus dari komputer lain yang menggunakan Windows XP.

Bagi menggantikan fail yang hilang ini, anda boleh gunakan apa-apa Live CD/USB yang boleh mengakses hard disk anda, contohnya Slax, Ubuntu, ataupun BartPE. Fail explorer.exe dan userinit.exe juga hendaklah dimasukkan ke dalam CD atau USB drive.

  1. Boot komputer melalui Live CD/USB.
  2. Kenalpasti di mana partition WINDOWS anda berada, dan masukkan fail:
    • explorer.exe ke dalam folder WINDOWS
    • userinit.exe ke dalam folder WINDOWS/system32

Restart komputer anda, dan kini sepatutnya anda sudah boleh log in ke dalam Windows XP.

Bagaimana Nak Cari Driver Di Internet

Oleh MK · Dipos pada 22nd December 2008 dalam kategori Masalah Komputer

Perkara utama yang anda perlukan untuk mencari driver adalah nama bagi model hardware tersebut. Contohnya, nama bagi model graphic card saya adalah NVIDIA GeForce FX 5200. Jadi, apa yang perlu saya lakukan adalah menaip “NVIDIA GeForce FX 5200” di laman web Google. Untuk lebih spesifik lagi, saya taipkan “download driver NVIDIA GeForce FX 5200”. Google akan memaparkan hasil carian, dan link inilah yang akan saya klik untuk mencari driver tersebut.

cari-driver

Jika PC atau laptop anda berjenama (Dell, Compaq, HP, atau Acer misalnya), anda boleh terus taipkan nama bagi model PC/laptop itu. Biasanya nama ini ada dilekat bersama PC/laptop anda.

Satu lagi cara untuk mengetahui nama bagi model hardware anda adalah dengan menggunakan software. Cara ini adalah lebih mudah kerana anda tidak perlu terbelek-belek PC atau laptop anda untuk mencari nama driver. Hanya gunakan software ini dan ia akan memaparkan nama bagi semua komponen hardware yang berada di dalam komputer anda secara terperinci. Contoh software seperti ini adalah Everest dan PC Wizard.

Mendapatkan Kembali Folder Options

Oleh MK · Dipos pada 18th September 2008 dalam kategori Masalah Komputer

Pada kebiasaannya bila anda buka My Computer, akan terdapat menu Tools > Folder Options. Namun jika komputer anda baru sahaja terkena serangan virus, mungkin Folder Options ini akan hilang. Untuk mendapatkannya kembali, anda boleh gunakan Registry Editor ataupun Group Policy Editor. Ikuti salah satu dari mana-mana langkah berikut:

Menggunakan Registry Editor (regedit)

  1. Pada kotak Run, taipkan regedit dan tekan Enter untuk melancarkan Registry Editor.
  2. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer
  3. Cari NoFolderOptions dan tukarkan nilainya kepada 0.
  4. Restart komputer.

Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc)

  1. Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group Policy Editor.
  2. Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\Windows Components\Windows Explorer
  3. Pada bahagian kanan, double-click pada Remove the Folder Options
  4. Tetapkan nilainya kepada Not Configured.
  5. Restart komputer.

Ketahui juga cara-cara untuk membaiki Task Manager, Run, regedit, serta cara-cara mengembalikan Show Hidden Files and Folders.

Disk Heal: Baiki PC Anda Setelah Terkena Virus

Oleh MK · Dipos pada 29th January 2008 dalam kategori Masalah Komputer, Perisian, Virus

Sejak kebelakangan ini, banyak virus tempatan yang muncul dan merebak dengan cepat. Virus tempatan yang saya maksudkan ini berasal dari Indonesia dan Malaysia seperti Brontok, Flash 10, JambanMu, dan macam – macam lagi.

Apa yang menjadi masalah dengan virus – virus ini adalah, walaupun setelah dicuci dengan antivirus namun kesannya masih tertinggal. Apabila anda cuba membuka satu – satu drive, kotak “Open With” pula yang muncul. Folder Option hilang, Task Manager dan Registry Editor tidak dapat dibuka adalah contoh – contoh lain yang biasa.

Jika anda seorang pengguna komputer yang berpengalaman, masalah ini mudah diselesaikan hanya dengan utiliti Windows sedia ada seperti Group Policy Editor, Registry Editor, dan Command Prompt

Namun jika anda mahu cara yang lebih mudah, gunakan Disk Heal. Pastikan anda telah mencuci komputer anda menggunakan AntiVirus terlebih dahulu sebelum membaikinya dengan Disk Heal. Fungsi utama Disk Heal adalah untuk membaiki Windows yang telah terkena jangkitan virus, serta terdapat pelbagai pilihan untuk tweak Windows.

Antara fungsi Disk Heal yang paling berguna:

  • Membaiki masalah ”Open With” yang selalu berlaku pada drive
  • Mengembalikan Folder Options
  • Membaiki Registry Editor dan Task Manager yang tidak boleh dibuka
  • Menukar ikon bagi drive anda
  • Mengembalikan Search dan Run

Banyak lagi fungsi yang ada pada Disk Heal yang boleh anda gunakan. Muat turun Disk Heal di sini. Disk Heal juga boleh dibawa di dalam USB Drive (anda cuma perlukan aplikasi utamanya sahaja)

Dari Raymond.

//

Entri berkaitan:

Tags: ,

//

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: