TENTANG VIRUS

Buang Virus Dari Indonesia Dan Malaysia Dengan Antivirus Tempatan

Oleh MK · Dipos pada 7th March 2009 dalam kategori Perisian, Virus

GeeKz Virus Remover

Kadangkala, antivirus yang terkenal seperti Avira dan Kaspersky tidak dapat mengesan sebilangan jenis virus yang tedapat dalam komputer kita, terutamanya virus tempatan yang berasal dari Malaysia dan Indonesia. Jadi untuk mengatasi masalah ini, kita memerlukan antivirus yang juga merupakan buatan tempatan.

Di Malaysia sendiri, antivirus tempatan yang terkenal adalah GeeKz Virus Remover (GVR) yang dihasilkan oleh ApoNie. Di samping berfungsi untuk membuang virus, ia juga boleh memperbaiki registry yang telah dirosakkan oleh virus.

Bagi antivirus dari negara jiran pula, Raymond ada menulis tentang 12 Perisian Antivirus dari Indonesia yang berkesan dalam membuang virus-virus yang juga berasal dari Indonesia, seperti Brontok dan JambanMu. Antara antivirus yang diperkenalkan adalah PCMedia Antivirus, ANSAV, SmadAv, dan banyak lagi.

Meskipun antivirus-antivirus yang disebutkan di atas masih belum mampu menandingi antivirus terkemuka seperti Avira dan Kaspersky, namun anda boleh gunakannya sebagai tambahan kepada antivirus sedia ada.

Kebanyakan dari antivirus tempatan ini adalah bersifat mudah alih, jadi anda boleh masukkannya ke dalam USB drive untuk digunakan pada komputer-komputer yang lain.

Tak Dapat Nak Uninstall Antivirus AVG, Kaspersky, dan Norton?

Oleh MK · Dipos pada 12th February 2009 dalam kategori Perisian, Virus

kavremover

Sesetengah syarikat pengeluar antivirus menyediakan utiliti khas untuk membuang perisian antivirus mereka. Saya pun hairan, mengapa harus buat utiliti yang khas untuk tujuan ini, fungsi uninstall yang sedia ada tak cukup bagus ke?

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masalah dalam membuang satu-satu antivirus, anda boleh gunakan utiliti yang telah disediakan ini. Berikut adalah tiga antivirus yang menyediakannya:

  1. AVG Remover: Khas untuk membuang antivirus keluaran AVG.
  2. KAV Remover (via Megaleecher): Khas untuk membuang antivirus keluaran Kaspersky.
  3. Norton Removal Tool: Khas untuk membuang antivirus keluaran Norton.

Matikan Autoplay Pada Windows Vista

Oleh MK · Dipos pada 11th June 2009 dalam kategori Virus

Seperti yang kita sedia maklum, virus boleh mengaktifkan dirinya sendiri dengan mengekploitasi fungsi Autoplay dalam Windows. Sebab itulah virus dan malware sangat mudah merebak dari satu komputer ke komputer yang lain, terutamanya melalui perkongsian USB drive. Jadi, adalah lebih baik fungsi ini dimatikan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus.

Saya ada menulis tentang cara-cara mematikan fungsi Autoplay pada Windows XP pada artikel yang lalu. Kali ini, mari kita lihat langkah-langkah untuk mematikannya pada Windows Vista pula:

  1. Buka Control Panel dan pilih AutoPlay. Skrin untuk membuat tetapan terhadap AutoPlay akan dipaparkan.
    control-panel
  2. Buang tanda pada “Use Autoplay for all media
    autoplay-vista-02
  3. Klik pada butang Save.

Semudah itu sahaja untuk mematikan fungsi Autoplay dalam Windows Vista.

Khabarnya, Microsoft akan membatalkan fungsi AutoPlay ini dalam Windows 7 yang akan dikeluarkan nanti. Ini adalah satu langkah yang bijak kerana fungsi ini lebih banyak membawa masalah dengan menyediakan laluan yang mudah untuk virus dan malware.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: